Thursday 21 June 2012

PSYLLIUM HUSK..Pelansing yang dilupakan...


PELANGSING YANG DILUPAKAN!!!!



Mungkin ramai yang tidak tahu ataupun telah terlupa tentang keberkesanan produk ini iaitu psyllium husk dalam menurunkan berat badan atau produk pelangsing kerana kebanjiran pelbagai produk-produk pelangsing moden di pasaran. Psyllium Husk terbukti amat efektif dalam menurunkan berat badan secara natural berbanding produk kimia masakini. Ia juga murah dan mudah untuk dijadikan diet harian.

Adakah masalah-masalah ini menghantui anda?
Berat badan berlebihan (Obesiti), Sembelit, Buasir, Diebetes, Kolestrol tinggi, Nafas berbau, atau jerawat yang kronik?

Psyllium seed husks juga dikenali sebagai
ispaghula, isabgol, atau psyllium, adalah sejenis bijirin dari tumbuhan Plantago ovata, (genus Plantago), ia tumbuhan yang berasal dari  India. Perubatan Ayurveda   mengesyorkan penggunaanya sebagai pembersih kolon/usus dan juga untuk peredaran darah yang lebih baik. Ia juga  digunakan secara meluas sebagai serat larut yang tidak diserapkan oleh usus. Psyllium Husk,selepas dicernakan bertindak menyerap lebihan air, melembutkan tinja dan seterusnya menstimulasikan pergerakan usus., Psyllium Husk secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut dan juga untuk meningkatkan dan mengekalkan pergerakkan usus.

Kajian terkini menunjukan Psyllium Husk membantu menurunkan tahap kolestrol dan mengawal diabetes. 

THE AMERICAN JOURNAL OF CLINICAL NUTRITION telah menerbitkan kajian melibatkan penggunaan bijirin serat larut sebagai salah satu diet bermanfaat untuk rawatan tahap kolestrol sederhana hingga tahap tinggi.

 Kajian menunjukkan  Psyllium Husk yang digunakan bersama-sama produk makanan adalah sangat efektif untuk mengurangkan glukosa dalam darah. FDA telah mengeluarkan kolerasi bermanfaat dimana pengambilan Psyllium Husk berkadar langsung dengan penurunan risiko penyakit jantung koronari.

Kajian terbukti apabila serat larut Psyllium Husk dengan diet rendah kolestrol dan lemak tepu, mempunyai potensi untuk mengurangkan penyakit jantung koronari.

Cara pengambilan Psyllium Husk yang disyorkan:

Amalkan meminum Psyllium Husk ini  dua kali sehari untuk kesan yang efektif (sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam).

Satu atau dua sudu makan psyllium Husk diminum dengan salah satu cara berikut:
1)   Dibancuh dengan air suam.
2)   Dicampur dengan jus buah-buahan.
3)   Dicampur dalam minuman Ribena.
4)   Dicampur dengan air dan madu.
5)   Dicampur dengan cuka epal (Apple Vinegar) + madu.
6)   Dicampur dengan susu (segera/segar).

**Hendaklah diminum segera selepas dikacau untuk megelakkan Psyllium Husk ini terlebih kembang (seakan-akan gel) dan tidak menyelerakan  untuk diminum.

AMARAN:  hendaklah minum banyak air  selepas pengambilan Psyllium Husk.

Khasiat Psyllium Husk:

Serat psyllium menurunkan kadar kolesterol darah secara natural dan efektif. Paduan sereal yang diperkaya dengan psyllium dengan sereal whole-oat merupakan cara lain yang lebih efektif lagi. Serat larut dalam psyllium akan mengurangkan penyerapan kolesterol darah dan asam hempedu dari usus halus sehingga dapat menurunkan kadar kolesterol darah. Perpaduan diet rendah lemak, rendah lemak-lemak jenuh dan kolesterol ditambah psyllium dapat mengurangkan kadar kolesterol total hingga 4 peratus dan kadar kolesterol jahat LDL hingga 7 peratus.

Psyllium bantu mencegah batu hempedu. Batu hempedu merupakan substansi seperti kerikil yang terbentuk dipundi hempedu. Air hempedu merupakan enzim yang membantu tubuh mencerna lemak. Jika air hempedu mengandungi terlalu banyak kolesterol atau material lainnya, maka komponen tersebut akan mengeras menjadi batu hempedu. Batu hempedu ini  akan mengganggu aliran normal air hempedu dari pundi hempedu, sehingga menimbulkan rasa sakit.

Psyllium membantu menormalkan fungsi usus dari berbagai gangguan, termasuk sembelit, diverticulosis, buasir, dan sindrom iritasi usus. Meskipun tidak boleh menyembuhkan buasir sepenuhnya, serat psyllium membantu mengurangkan iritasi dengan melancarkan aliran najis dikawasan yang sensitif. Ketika memasuki ruang kolon, psyllium akan menghasilkan gumpalan menyerupai span yang bekerja menyerap racun. Gumpalan psyllium menyerap lebihan air dan mengembang, ketika  pecah ia akan menyerap sisa racun yang terperangkap didalam usus. Gumpalan serat ini selanjutnya menstimulasi kontraksi yang perlu untuk gerakan usus dan mengeluarkan sisa/tinja.

Psyllium efektif mengatasi diare kerana mampu menyerap cairan berlebihan dari najis yang cair. Serat psyllium membantu menurunkan berat badan. Dengan menyerap air, serat psyllium mengisi perut, membuat anda merasa kenyang. Selain itu, psyllium juga menunda pengosongan makanan dari perut, sehingga membuat anda kenyang lebih lama.
Psyllium membantu menstabilkan kadar glukosa dalam darah, sehingga dapat mengawal nafsu makan. Hasil kajian menunjukkan bahwa pengidap diabetes yang makan 2 sudu psyllium sebelum makan mengalami pengurangan kadar glukosa darah yang bagus.



Dapatkan segera dari kami kerana:

MURAH ,ORGANIC (100 % natural fibre),JIMAT , HALAL (bebas bahan kimia).



HARGA:

RM50.00 /1 kg
*** Harga tidak termasuk caj penghantaran.

Penghantaran akan menggunakan syarikat kurier ataupun poslaju mengambil masa 1-2 hari untuk sampai ke tangan anda..


untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan, sila hubungi:
www.primalife2u.com
TEL: 019-4045500

**kandungan artikel ini diambil dari sumber-sumber dan artikel di internet**

No comments:

Post a Comment